‘National Embarrassment’ – PEJUANG malukan Mahathir

 

Parti PEJUANG yang bertanding dalam PRN Johor telah memalukan Tun Mahathir selaku Pengerusi apabila semua 42 kerusi yang ditandingi hilang deposit.



Ini merupakan satu penghinaan tahap ‘National Embarrassment’ dalam sejarah politik bukan sahaja Malaysia tetapi peringkat dunia.

Bagaimana sebuah parti yang diterajui seorang bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Besar kalah sehingga tidak lagi mampu ‘mengangkat muka’?

Dalam kempen di Johor, PEJUANG hanya memfokuskan isu peringkat nasional dan bukan peringkat negeri.



Malah, Manifesto PEJUANG sendiri tidak jelas apa yang akan mereka berikan kepada pengundi sekiranya dipilih dalam PRN.

Ini membuatkan ramai pengundi keliru adakah PEJUANG hanya sekadar suka-suka bertanding atau serius bertanding.

Yang membuat lebih ramai tertanya ialah dari mana datangnya dana politik PEJUANG yang dikatakan berbelanja besar dalam kempen PRN Johor?

 



 

BAWA MAHATHIR TURUN KEMPEN UNTUK ‘MERATIB’ NAMA NAJIB

Mereka membawa Mahathir yang masih belum sihat sepenuhnya untuk ‘meratib’ nama Najib.

Ini menguatkan lagi desas-desus PEJUANG akan membuka langkah bekerjasama dengan parti politik lain dalam menghadapi PRU15 untuk memastikan kelangsungan PEJUANG.

Antara desas-desus yang panas, PEJUANG dikatakan akan kembali bergabung dengan PPBM dalam Perikatan Nasional dan kemungkinan ada kerjasama ‘belakang pintu’ PN bersama Pakatan Harapan tanpa kehadiran PKR.



Sebenarnya apa matlamat politik PEJUANG? 

 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading