Penjawat awam Perak, ketua kampung terima BKK Raya RM1,000

Oleh – Syeikh Baran


Penjawat awam Perak, ketua kampung terima BKK Raya RM1,000
Saarani (tengah) memotong pulut kuning menyambut Ulang tahun ke-63 pada majlis berbuka puasa bersama penjawat awam negeri Perak dan Majlis Penyerahan kit Ramadan kepada Ketua Jabatan dan Media di Laman Seri Ridzuan Ipoh. – Foto NSTP/L Manimaran

Kerajaan Perak hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan buat julung kalinya mengumumkan bantuan sama kepada 995 ketua kampung di negeri ini.

“Buat julung kalinya juga, bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri,” katanya ketika berucap kira-kira 800 hadirin sempena Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar bersama penjawat awam negeri Perak di Laman Seri Ridzuan, di sini malam ini.



Saarani berkata, BKK Raya itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima.

Difahamkan, bantuan atau bonus yang diberikan itu akan dibayar sebelum Aidilfitri tiba.

Sebagai rekod, tahun lalu kerajaan Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri RM700 kepada seluruh penjawat awam negeri itu selain RM500 kepada semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading