Waktu bekerja penjawat awam Pulau Pinang kekal

Oleh – Syeikh Baran


Waktu bekerja penjawat awam Pulau Pinang kekal
Kon Yeow beramah mesra dengan umat Islam semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Masjid Kapitan Keling hari ini. – Foto Bernama

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang hari ini memutuskan penjawat awam di negeri itu kekal bekerja seperti biasa sepanjang bulan Ramadan iaitu pulang pada 4 petang setiap hari.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata keputusan itu diambil kerana sepanjang bulan Ramadan, penjawat awam di Pulau Pinang bekerja mengikut waktu fleksibel.



“Berhubung dengan isu sama ada Pulau Pinang akan mengikut Negeri Pahang khususnya di mana penjawat awam boleh balik kerja awal pada hari Jumaat, MMK dah putuskan kekal dengan apa yang ada sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Kapitan Keling di sini malam ini yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Sebelum ini, Pahang mengumumkan waktu bekerja penjawat awam di negeri itu pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini ditetapkan hingga 12.30 tengah hari. – BERNAMA

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading