Indonesia larang guna media sosial untuk berdagang

Indonesia larang guna media sosial untuk berdagang

Indonesia larang guna media sosial untuk berdagang
PERATURAN baharu yang melarang media sosial mengendali perkhidmatan jual beli akan melindungi peniaga seperti penjual kain di Tanah Abang, Jakarta yang terjejas. FOTO AFP.

Jakarta: Indonesia akan menguatkuasa peraturan baharu yang melarang sosial media mengendalikan perkhidmatan jual beli.

Difahamkan, halangan untuk berdagang di media sosial seperti TikTok bagi melindungi peniaga kecil, mikro dan sederhana.

Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan berkata, menerusi peraturan baharu yang ditandatangani Isnin lalu, platform media sosial hanya dibenar untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan.



“Platform media sosial hanya boleh melaksana promosi barangan dan perkhidmatan serta tidak boleh (melakukan) dagangan langsung serta pembayaran terus.

“(Jadi) Tidak boleh lagi (jual beli terus daripada media sosial seperti sebelum ini), hanya boleh promosi saja,” katanya yang dilapor Antara News.

Zulkifli berkata, seperti televisyen, media sosial atau platform digital lain hanya boleh menjadi ruangan promosi semata-mata, malah kerajaan dengan jelas mengasingkan platform ‘perdagangan sosial’ dan ‘media sosial’.

“Ia mesti dipisahkan, jadi ia tidak akan menguasai semua algoritma, dan ini menghalang penggunaan data peribadi untuk tujuan perniagaan,” katanya.



Peraturan baharu itu turut menetapkan senarai positif barangan atau produk dibenar diimport, manakala antara barangan yang tidak boleh diimport atau dalam senarai negatif ialah batik.

Indonesia larang guna media sosial untuk berdagang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button