Salah padam rekod 131 tahun Liverpool

Salah padam rekod 131 tahun Liverpool

Salah padam rekod 131 tahun Liverpool
SALAH menjadi pemain Liverpool pertama berjaya menjaringkan lebih 20 gol selama tujuh tahun berturut-turut. – AFP

LIVERPOOL – Pengendali Li­verpool, Jurgen Klopp mengharapkan penggempur utama, Moha­med Salah terus cemerlang dalam usaha membantu pasukan memburu gelaran quadruple pada kempen musim ini.

Sebagai rekod, Salah mempamerkan prestasi cemerlang untuk memastikan The Reds mara ke suku akhir Liga Europa selepas menewaskan Sparta Prague 6-1 pada aksi kedua kalah mati pusingan 16 terbaik di Stadium Anfield awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Liverpool berjaya meraih gol menerusi Darwin Nunez, Salah, Bobby Clark, Dominik Szoboszlai selain dua jaringan Cody Gakpo untuk mengesahkan kemenangan 11-2 secara agregat.

Prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh pemain antarabangsa Mesir itu jelas terbukti apabila menjadi tonggak Liverpool pertama dalam tempoh 131 tahun yang menjaringkan lebih 20 gol buat tujuh tahun berturut-turut.

Kata Klopp, Salah adalah salah seorang pemain terbaik yang pernah dibimbingnya kerana tidak pernah memberikan masalah selain konsisten sepanjang musim.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Salam RM5 @ 1USD Realiti Atau Ilusi?


“Sejak tujuh tahun bersama, saya rasa dia tidak pernah berada pada prestasi yang teruk, sebaliknya kekal konsisten sekiranya bebas daripada kecederaan.

“Selain itu, dia juga telah mempamerkan peningkatan drastik dan jika dia tidak ce­dera pada Ja­nuari lepas, mungkin dia sudah mendapatkan 20 gol yang direkodkan lebih awal.

“Apa yang pasti, saya sangat gembira apabila dia kini sudah cergas sepenuhnya dan berjaya menamatkan ­saingan secara 90 minit meskipun ada ketika saya sudah mahu gantikan de­ngan pemain lain,” katanya.

Liverpool kini berada di landasan terbaik untuk memburu trofi Liga Europa, Piala FA dan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berjaya menjulang Piala Liga Inggeris (EFL) bulan lalu. – AGENSI

Salah padam rekod 131 tahun Liverpool

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Tersembunyi PAS Di Sebalik Penyatuan Ummah 2.0

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker