Impak Yang Melibatkan Ruhainies
Wajah Dikaburkan Dalam Iklan Jadi “Trend” Di Media Sosial
Impak Yang Melibatkan Ruhainies
Sebelum ini, wajah pelakon, Ruhainies disunting dan dikaburkan dalam iklan ucapan Ramadan satu jenama kecantikan di YouTube.
Wajah Ruhainies Dikaburkan
Bagaimanapun, wajah dua lagi selebriti, Hisyam Hamid dan Wany Hasrita yang turut muncul dalam iklan itu tidak dikaburkan.
Pemilik iklan terbabit turut memohon maaf atas kekeliruan yang timbul berhubung penayangan iklan itu.
Sempena bulan Ramadan Al Mubarak ini, kami dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama hantaran kami yang membabitkan seorang artis terkenal tanah air.
Penggambaran iklan produk ini menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies. Rakaman dibuat selepas penelitian rapi dilakukan pada Oktober 2023.
Berharap Tidak Memberikan Kesan
Pihak jenama itu juga berharap agar insiden dakwaan khalwat membabitkan Ruhainies baru-baru ini tidak memberi kesan kepada rakaman video yang sudah siap itu.
Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, kami berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman itu sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi terbabit dalam menjayakan iklan ini.
Kami tidak menyokong mana-mana pihak, kelakuan buruk atau kontroversi
Menjadi “Trend” di Media Sosial
Video berdurasi 10 saat itu turut dimuat turun dan dikongsikan oleh pengguna media sosial di pelbagai platform meskipun nama Ruhainies dikekalkan dalam video itu.
Susulan video tersebut juga, kelihatan ramai selebriti, pempengaruh media sosial dan beberapa iklan tempatan seolah-olah meniru video tersebut.
Jika dilihat dimedia sosial, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer, radio ERA, pempengaruh media sosial Azfar Heri dan ramai lagi turut melakukan perkara yang sama dan seolah-olah menjadi ‘trend’ di media sosial.
Impak Yang Melibatkan Ruhainies
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jasmine Loo didoktrin untuk percaya Jho Low wakil Najib Razak
- Agenda Tersembunyi PAS Di Sebalik Penyatuan Ummah 2.0
- PAS Dan Gerakan Berbalah Lagi, Muhyiddin Buat Tak Reti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Gelombang “Hijau” menakutkan Pelabur?