Oktovia Manrose Bersuara Apabila Kontroversi Dengan Aliff Aziz Kembali Jadi Bualan

Oktovia Manrose Bersuara Apabila Kontroversi Dengan Aliff Aziz Kembali Jadi Bualan

Oktovia Manrose Bersuara Apabila Kontroversi Dengan Aliff Aziz Kembali Jadi Bualan

Sejak kebelakangan ini kecoh mengenai kontroversi melibatkan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies. Perkara itu juga buatkan ada pihak yang mengungkit kisah lama Aliff sebelum-sebelum ini termasuk bersama pelakon, Oktovia Manrose.

Menurut laporan mStar, Oktovia tampil bersuara apabila menyedari isu panas pada tahun 2019 melibatkan dirinya bersama Aliff kembali menjadi bualan. Dia juga berkata perkara itu tak patut dibanggakan dan dia berasa malu apabila mengenangkannya kembali.

Ada juga nampak (berita lama), tapi perkara itu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan pun sebenarnya.

Memang saya malulah, pernah terpalit dengan isu kontroversi tersebut, tapi tidak mengapa tak perlu nak melatah. Past is past, teruskan hidup.

Bukan tu jer, ada juga bandingkan dirinya dengan Aliff yang sehingga kini masih tak lari dari kontroversi panas.

No komen, nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab kita bercakap mengenai hidayah dan perubahan seseorang.

Macam saya dapat hidayah dan saya ambil, Alhamdulillah kekal sampai sekarang.

Tapi masing-masing ada ujian tersendiri, mungkin dia (Aliff) masih diuji dan belum belajar dari kesilapan lalu.

Apapun, semoga urusan Aliff dan Bella dipermudahkan demi kebaikan kedua-duanya di masa akan datang.

Kredit: mStar

Oktovia Manrose Bersuara Apabila Kontroversi Dengan Aliff Aziz Kembali Jadi Bualan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gelombang “Hijau” menakutkan Pelabur?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker