Murtabak daging atau murtabak bawang?

 

Oleh Pena Merah

Murtabak daging atau murtabak bawang?
Tangkap layar video yang tular di media sosial memaparkan martabak daging hanya dipenuhi bawang semata-mata.

Seorang pembeli berasa tertipu apabila martabak daging yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Kedah hanya dipenuhi dengan bawang semata-mata.

Menerusi video tular di Facebook, pembeli terbabit memotong dan mengorek inti dalam martabak yang dibeli dengan harga RM5 untuk mencari dimanakah isi daging seperti yang diiklankan oleh penjual.



Namun, pembeli terbabit hampa apabila isi martabak itu hanya dipenuhi dengan bawang semata-mata tanpa mengandungi sebarang inti daging.

“Tak sangka beli martabak daging dapat ‘extra’ bawang. Niat nak sokong orang kita, tapi macam nilah pula jadi kan. Mungkin bawang lagi mahal dari daging.

“Lepas korek-korek adalah jumpa juga, itu pun secebis je. Sedih, dah semangat dah nak makan,” tulis pengguna tersebut.

Sehingga kini video yang dimuat naik di TikTok telah mendapat lebih 277,900 tontonan, 3,577 tanda suka dan 408 perkongsian.



Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur melihat martabak yang dipenuhi dengan bawang itu selain ada juga mengakui turut berdepan dengan situasi yang sama.

“Ada kat bazar Felda Mempaga, martabak kobis, ayam atau daging dia letak roh je. Isi dia hilang ditelan bumi,” komen Isya Syafiq.

“Martabak bawang ini orang panggil. Mesti harga RM5 kan. Saya pun terkena tapi siap pakej kuah ‘ceroi’ (cair) dan martabak nipis,” komen Wawa.

“Sejak dua tahun lepas, kualiti makanan bazar makin teruk. Tahun ini tak pergi lagi. Banyak pula baca kes orang terkena dengan makanan-makanan di bazar,” komen pengguna lain pula. – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button