Nafas dicadang jadi pengimport alternatif beras

Oleh – Syeikh Baran


Nafas dicadang jadi pengimport alternatif beras
Gambar hiasan

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dicadangkan untuk menjadi pengimport alternatif kepada Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) sebagai usaha menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran.

Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuaray esok.



Menurutnya, ia kerana Nafas mempunyai kemampuan untuk mengeluar dan mengedar beras tempatan kerana mempunyai kemudahan seperti kilang, pusat pemberian dan lesen borong.

“Penglibatan awal daripada perjanjian tanah sehinggalah kepada pengeluaran dan pengedaran beras mampu dibuat oleh Nafas.

“Insya-Allah, Nafas akan bersama-sama dalam membantu kerajaan untuk berhadapan dengan tekanan kartel dan menjual beras pada harga munasabah supaya kos sara hidup dapat dikurangkan,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Abu Hussin Hafiz berkata, pihaknya masih tetap dengan cadangan dikemukakan sebelum ini iaitu beras akan dijual pada harga RM30 bagi 10 kilogram (kg).



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading