Mustapha Kamal : Lepas Habis International School, Anak Akan Ke ‘Pusat Serenti’?

Mustapha Kamal : Lepas Habis International School, Anak Akan Ke ‘Pusat Serenti’?

Mustapha Kamal : Lepas Habis International School, Anak Akan Ke ‘Pusat Serenti’?

Siapa yang tidak kenal dengan Mustapha Kamal bin Mohd Daud, atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal yang merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Mustapha Kamal memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada tahun 1988 apabila membintangi filem yang berjudul ‘Dendang Remaja’ yang juga merupakan filem pertamanya. Selepas filem tersebut ditayangkan, Mustapha Kamal semakin dikenali ramai dan lakonannya mendapat perhatian pengarah filem dan drama tempatan.



Selain itu juga, Mustapha Kamal pernah memenangi ABP pada tahun 1990 sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Popular dan Pemenang ABP pada 1994 sebagai Pelakon Filem Pembantu Lelaki Popular. Kini Mustapha Kamal lebih dikenali anak-anak muda dengan gelaran ‘Papa Megah Holding’.

“Dia Ni Anak Betul Mustapha Kamal Ke?”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rushdan_wafa yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, tanda suka sebanyak 110 ribu dan sebanyak 970 komen.

Di dalam video berkenaan memaparkan Mustapha Kamal yang mengatakan bahawa anaknya itu tidak dapat mewarisi syarikat miliknya selepas tamat pembelajaran di sekolah antarabangsa, namun sebaliknya beliau akan menghantar anaknya itu ke pusat serenti.

@rushdan_wafa



Masih ada harapan lagi ni #fypシ #fyp #megahholding

♬ original sound – Rushdan Wafa – Rushdan Wafa

Rata-rata ramai yang terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa lakonan Mustapha Kamal sangat bersahaja dan menjiwai wataknya itu.

Video tersebut hanyalah konten semata-mata dengan pempengaruh dari tiktok yang dikenali sebagai Rushdan Wafa yang sering berlakon menjadi anak kepada Megah Holding. Itu hanyalah lakonan mereka berdua sahaja dan pempengaruh tersebut bukanlah anak kepada Mustapaha Kamal yang sering menjadi tanda tanya kebanyakan netizen.



Mustapha Kamal : Lepas Habis International School, Anak Akan Ke ‘Pusat Serenti’?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Majlis Peguam mewakili siapa? atau Syok sendiri?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading