Bangga tabung masjid RM200,000, tandas tiada kunci

Oleh – Syeikh Baran


Bangga tabung masjid RM200,000, tandas tiada kunci
Gambar Hiasan

Terdapat segelintir ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang berbangga dengan kutipan tabung mereka kerana mencecah ratusan ribu ringgit.

Namun kata pendakwah bebas, Ustaz Mohktar Yaacob, duit yng disedekahkan itu tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid sehingga ada pintu tandas yang tiada kunci.



“Ada sesetengah masjid sohor (bangga) ada duit RM200,000, RM300,000. Tapi nyelok (kunci) jamban (tandas) tiada.

“Lampu terbakar dalam jamban, tunggu YB (Yang Berhormat) datang kerana hendak bagi surat nak beli pintu baharu.

“Malu kat orang, pitis (duit) masjid ada RM200,000 tetapi tak guna,” katanya pada satu sesi kuliah di sebuah masjid, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mokhtar berkata, tujuan jemaah meletakkan duit ke dalam tabung adalah untuk diinfak untuk mendapatkan pahala, bukannya disimpan.



“Tuan-tuan rela atau tidak letak duit dalam tabung masjid, tetapi jawatankuasa simpan duit tu?,”soalnya.

Menurutnya, ada jemaah yang berdoa supaya pihak yang menguruskan wang tabung masjid itu meninggal dunia supaya duit tersebut dapat diuruskan dengan sebaik-baiknya.

“Sehingga ada jawatakuasa kata tunggu orang itu (pengurusan masjid) mati barulah duit itu boleh digunakan.

“Ada dia susah hendak guna duit masjid, macam duit dia. Duit masjid pun dia kedekut, kalau duit dia sendiri lagilah,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button