Sarung tangan kuning bukan untuk pengendalian makanan

Oleh – Syeikh Baran


Sarung tangan kuning bukan untuk pengendalian makanan
Tangkap layar menunjukkan video tular seorang peniaga menggaul makanan menggunakan sarung tangan kuning.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai bagi pengendalian makanan.

Menurut kenyataan KKM di laman X, sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.



Jelasnya, silang sarung tangan mestilah diguna pakai sekali sahaja.

“Selain itu, Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) ada ditawarkan oleh KKM untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan.

“Justeru, logo pensijilan boleh dipaparkan oleh pihak industri pada produk yang dipersijilkan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, tular satu video di laman X memaparkan seorang peniaga memakai sarung tangan kuning ketika menggaul air asam siam sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan orang ramai



Sumber ⁠- KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button