Lesen Pengedar Stoking Yang Ada Kalimah Allah Di Tamatkan Serta Merta

Lesen Pengedar Stoking Yang Ada Kalimah Allah Di Tamatkan Serta Merta

Lesen Pengedar Stoking Yang Ada Kalimah Allah Di Tamatkan Serta Merta

 

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd, kilang yang dikaitkan dengan penjualan stokin yang mengandungi kalimah Allah.

Lesen Pengedar Stoking Yang Ada Kalimah Allah Di Tamatkan Serta Merta (2)



MPBP telah menyerahkan notis pembatalan lesen berkenaan kepada pengarah urusan syarikat terbabit Xin Jian Chang, Soh Hui San.

Penyerahan notis penamatan lesen dilakukan di Menara MPBP, Jalan Rugayah.

Lesen Pengedar Stoking Yang Ada Kalimah Allah Di Tamatkan Serta Merta (1)

Notis di keluarkan bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Perdagangan, Perniagaan dan Perindustrian MPBP 2016.



Sebelum ini pengurusan Xin Jian Chang mengumumkan bahawa operasi mereka ditutup sehingga Ahad ini untuk memastikan keselamatan kakitangannya.

Syarikat terbabit telah mengunci pintunya dan turut mempamerkan sepanduk di pintu pagar kilang mereka untuk menyatakan kekesalan atas kejadian itu.

Dan berjanji akan mengekalkan komitmennya untuk memelihara sensitiviti masyarakat berbilang agama.

Ia juga berjanji untuk mengekalkan keharmonian dan meningkatkan usaha kawalan kualiti.



Pasaraya KK Mart yang terpalit dengan isu tersebut telah menamatkan kontraknya dengan Xin Jian Chang.

Pembekal itu sebaliknya menyalahkan syarikat Mu Mian Qing Hosiery dari China kerana tersilap menghantar stoking kepadanya.

Polis dalam pemeriksaan ke atas kilang Xin Jian Chang berkata, mereka hanya menemui lima pasang stokin dengan kalimah Allah, yang kesemuanya adalah yang ditarik balik dari KK Super Mart.

Sebagaimana yang telah dititahkan oleh YDP Agong, Sultan Ibrahim, tindakan tegas mesti diambil terhadap pihak yang bersalah.



Perdana Menteri juga menggesa agar tindakan tegas dan segera mesti diambil untuk menenangkan masyarakat Islam di Malaysia.

Persoalannya, apakah tindakan penamatan lesen perniagaan sudah mencukupi?

Bagaimana pihak berkuasa akan memastikan, orang yang sama tidak akan menggunakan proksi untuk mendaftar syarikat baharu?

 



Lesen Pengedar Stoking Yang Ada Kalimah Allah Di Tamatkan Serta Merta

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button