MAG catat untung buat kali pertama sejak 2010
MAG catat untung buat kali pertama sejak 2010
Kuala Lumpur: Malaysia Aviation Group (MAG) mencatat untung bersih buat kali pertama sejak 2010 sebanyak RM766 juta pada tahun kewangan penuh 2023 berbanding kerugian bersih RM344 juta pada tahun sebelumnya.
MAG turut mempunyai simpanan tunai kukuh berjumlah RM4.3 bilion setakat 31 Disember 2023 tanpa menerima suntikan modal daripada pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd sejak Oktober 2021.
Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, prestasi kukuh itu disumbangkan oleh jumlah trafik penumpang yang utuh daripada segmen premium, aliran rangkaian antarabangsa yang dipergiatkan, pengurusan kapasiti yang aktif, kerjasama perkongsian yang mendalam dan hasil yang lebih kukuh untuk segmen penumpang.
“Ini telah dicapai walaupun kos operasi dan buruh yang lebih tinggi, ringgit yang lebih lemah, cabaran dalam penawaran rantaian disebabkan peningkatan kos dan komitmen penghantaran yang tidak menentu, harga bahan api, dan kenaikan kadar faedah,” katanya dalam sidang media hari ini.
MAG catat untung buat kali pertama sejak 2010
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lesen Pengedar Stoking Yang Ada Kalimah Allah Di Tamatkan Serta Merta
- Selepas Berpuloh Tahun Di Tindas, Perlukah Pendidik PASTI Marah Bila Kerajaan Mahu Membantu?
- Kontroversi stoking, ada ‘tangan ghaib’ sengaja cetus provokasi?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :