Penyelia didakwa pukul bini guna penyapu

Oleh – Syeikh Baran


Penyelia didakwa pukul bini guna penyapu
Ahmad Farhan Azmeer (kanan) didakwa memukul isterinya dengan penyapu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Seorang penyelia syarikat kebersihan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya dengan penyapu pada Sabtu lalu.

Tertuduh, Ahmad Farhan Azmeer Harun, 33, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tuan Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.



Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Farhan Azmeer didakwa memukul pasangannya yang berusia 43 tahun dengan penyapu sehingga cedera.

Perbuatan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Kubang Tangga di sini pada pukul 6 petang, 16 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 April iini. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd. Ali, manakala Ahmad Farhan Azmeer tidak diwakili peguam.



Difahamkan, sebelum kejadian, tertuduh bertengkar dengan isterinya yang didakwa menyembunyikan beg milik lelaki itu yang dipercayai mengandungi bahan larangan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button