Mumbai paling ramai bilionair

Oleh – Syeikh Baran


Mumbai paling ramai bilionair
MUMBAI mempunyai ramai golongan bilionair berbanding dengan Beijing. – Foto AFP

Keyakinan terhadap ekonomi India melonjak ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila negara itu menyaksikan lonjakan luar biasa dalam bilangan bilionair, menurut Senarai Kaya Global Hurun 2024 seperti dilaporkan Wion News kelmarin.

Ini adalah kerana Mumbai telah mengatasi Beijing, China sebagai ibu negara bilionair Asia sekali gus menandakan perubahan ketara dalam dinamik kekayaan.



Menurut senarai itu, bandar raya di India itu mempunyai 92 bilionair berbanding Beijing yang mencatatkan hanya 91 golongan  tersebut.

Mumbai, mengalami lonjakan kekayaan 47 peratus yang mengejutkan sepanjang tahun lalu, berbeza dengan Beijing yang menunjukkan penurunan sebanyak 28 peratus.  

India mengatasi China dengan ketara dalam penambahan bilionair dengan 94 bilionair baharu berbanding China yang mempunyai 55 golongan itu sekali gus menggariskan kehebatan ekonomi India yang semakin meningkat.

Pengerusi dan Pengarah Urusan Reliance, Mukesh Ambani mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Asia, menambah AS$33 bilion (RM) kepada kekayaannya, manakala Gautam Adani naik ke tempat ke-15 di seluruh dunia dengan lonjakan kekayaan sebanyak 62 peratus.



Kecerdasan buatan (AI) muncul sebagai pemangkin utama untuk mengumpulkan kekayaan, menyumbang kepada lebih separuh daripada kekayaan baharu yang dijana secara global dengan gergasi teknologi seperti Nvidia membuat kemajuan ketara dalam pasaran.

Amerika Syarikat (AS) mendahului dunia dalam penambahan bilionair, didorong oleh prestasi pasaran saham yang tinggi dengan New York menuntut semula statusnya sebagai Bandar Raya Billionaire Dunia.

China menyaksikan perubahan besar dalam landskap kekayaannya berikutan kemerosotan dalam sektor hartanah walaupun ia masih mempunyai lebih ramai bilionair berbanding AS.

Russia menambah enam bilionair di tengah-tengah berlakunya turun naik mata wang manakala Israel menyaksikan peningkatan sembilan orang golongan itu walaupun konfliknya dengan Hamas di Gaza masih berterusan. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button