Dakapan selepas 45 hari terpisah

Dakapan selepas 45 hari terpisah

Dakapan selepas 45 hari terpisah
ANAS Sbeta diletakkan di dalam inkubator di hospital di Rafah. FOTO REUTERS

Gaza: Memilukan apabila seorang ibu yang dapat bersatu semula dengan bayinya selepas terpisah selama 45 hari susulan perang di Semenanjung Gaza.

Bayinya itu yang dinamakan Anas, antara 31 bayi yang baru tiba di hospital di selatan Gaza selepas dipindahkan dari Hospital Al-Shifa di utara Gaza, yang diserang Israel.

“Saya (sudah) kehilangan harapan untuk melihat bayi saya hidup,” kata Warda Sbeta, 32, dalam temu bual dengan Reuters TV pada \Selasa.



Dia dan suaminya pada mulanya terkial-kial menyemak senarai nama yang diberikan oleh ketua unit rawatan rapi neonatal (NICU) di hospital di Rafah, selatan Gaza, sebelum melihat nama Anas.

“Saya berasa hidup semula, bersyukur kepada Tuhan kerana kami kini mempunyai bayi kami dengan selamat dalam jagaan kami,” kata Sbeta,

Sbeta tersenyum apabila dapat memegang dan mendukung anaknya itu.

Wanita itu mempunyai tujuh anak lain. Rumah keluarganya di Bandar Gaza, kawasan yang hebat dibedil Israel dan kini mereka tinggal di sebuah sekolah di Khan Younis, jalur selatan Gaza.



Sbeta ditawarkan pilihan untuk dipindahkan ke Mesir bersama Anas supaya dia boleh menerima rawatan perubatan lanjut.

“Saya tidak boleh tinggalkan mereka dengan ayah mereka sahaja. Dia tidak akan dapat menjaga mereka. Jadi saya terpaksa menolak tawaran ini,” katanya.

Anas adalah satu daripada tiga daripada 31 bayi pramatang yang diselamatkan dari Hospital Al- Shifa di utara Gaza, tetapi tidak dipindahkan untuk rawatan lanjut di Mesir.

Seorang daripada dua bayi itu, identitinya tidak dikenali, menurut doktor di hospital Rafah. Mereka tidak memberi maklumat mengenai bayi ketiga.



Hospital Al-Shifa di utara Gaza sebelum ini menyatakan 39 bayi berada di hospital itu, namun lapan daripadanya meninggal dunia.

Dakapan selepas 45 hari terpisah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading