Ular mamba hijau terlepas kurungan cetus panik

 

Ular mamba hijau terlepas kurungan cetus panik
Ular mamba hijau yang terlepas kurungan di sebuah bandar di Belanda. FOTO Polis Tilburg

Amsterdam: Ular mamba hijau sepanjang dua meter yang sangat berbisa terlepas dari kurungan di sebuah bandar di Belanda.

Berikutan itu, polis dalam satu kenyataan pada 21 November lalu memberi amaran kepada penduduk untuk tinggal di rumah.

Polis juga mengingatkan orang ramai untuk cuba menangkap ular itu dalam keadaan apa sekalipun.



Polis di bandar Tilburg dekat selatan Belanda berkata, mereka dimaklumkan oleh pemilik haiwan pada petang 20 November lalu bahawa dia kehilangan seekor ular.

“Ular itu sangat berbahaya. Patukan mamba hijau sangat berbisa.

“Jika ada yang dipatuk, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan segera,” itu amaran polis yang tertera pada poster.

Reptilia tropika berdarah sejuk itu juga tidak mungkin berkeliaran di luar kerana cuaca di Belanda yang kini sudah memasuki musim sejuk.’



“Ia suka ruang gelap dan hangat. Dalam keadaan itu, ia akan menjadi sangat pasif,” menurut kenyataan itu lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button