4 suspek ditahan ada rekod dadah, jenayah

Oleh – Syeikh Baran


4 suspek ditahan ada rekod dadah, jenayah
Gambar Hiasan

Polis merampas sebatang ‘fork lock’ (pengunci kenderaan) dan sebuah kerusi plastik dipercayai digunakan dalam insiden rusuhan susulan pertengkaran dua peniaga di tapak bazar Ramadan di Taman Medan, di sini, kelmarin.

“Tiga daripada empat suspek yang mempunyai rekod itu adalah berkaitan kes dadah, manakala seorang lagi pula memiliki rekod jenayah serta dadah.



“Siasatan lanjut kes itu sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata maut dalam rusuhan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, dua peniaga dilaporkan bertengkar selepas tercetus perselisihan faham berkaitan tapak bazar Ramadan di Taman Medan.

Shahrulnizam dipetik berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila wanita yang berniaga jus tembikai, berselisih faham dengan lelaki menjual popia.

Beliau berkata, lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati selepas wanita terbabit didakwa masuk ke kawasan tapak perniagaannya, menyebabkan tercetus pertengkaran.



Susulan itu, katanya, lelaki terbabit didakwa mengambil sebatang besi sebelum memukul wanita berkenaan sehingga berlaku kekecohan.

“Mereka kemudian dibawa ke balai polis sebelum kedua-duanya ingin menyelesaikan secara baik kerana sudah lama kenal.

“Bagaimanapun, pada jam 5.30 petang semalam, anak-anak lelaki itu yang masih tidak berpuas hati, kemudian didakwa menyerang anak saudara wanita terbabit yang sedang berniaga sehingga berlaku rusuhan membabitkan kedua-dua pihak.

“Susulan itu, kami menahan kesemua mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia 20-an hingga 40-an,” katanya.



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button