Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius

Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius

Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius

 

Dalam sidang media, ahli parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan, mendakwa kerajaan telah melakukan satu kesalahan yang cukup serius.

Beliau mendakwa tindakan kerajaan membentangkan pindaan Rang Undang Undang (RUU) berkaitan kewarganegaraan bertentangan dengan Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan.



Perkara 159 (5) menyebut:

Sesuatu RUU yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa RUU yang diluluskan di bawahnya.

Peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63(4), 70(1), 72(4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja (MRR).

Persoalannya, benarkah kerajaan sudah melanggar perlembagaan apabila membentangkannya tanpa pengetahuan MRR?



Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, Azalina Othman, memaklumkan kesemua 8 cadangan pindaan tersebut akan dipersembahkan kepada MRR selepas PRN 6 Negeri selesai.

Ianya dijangka akan dipersembahkan selepas Ogos 2023.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad membuat kenyataan pindaan RUU tersebut adalah antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat MRR ke 265 pada 22 Februari.

Jadi, di mana asasnya tuduhan Takiyuddin?



Kononnya telah dibentangkan di parlimen sebelum mendapat perkenan MRR?

Mengenai mengapa ianya tidak dibentangkan kali ketiga, Menteri KDN, Saifuddin Nasution telah memberikan penjelasan.

Ianya supaya dapat memberi peluang kepada semua ahli parlimen membahaskannya.

Ternyata tuduhan Takiyuddin adalah tidak berasas dan ianya mesti diambil tindakan yang tegas.



Bagi penulis, kalau seorang yang sudah biasa menipu, maka dia akan menganggap semua orang adalah penipu.

Masi ingat lagi mengenai isu menamatkan darurat?

Takiyuddin telah bertindak menderhaka kepada YDP Agong kerana menamatkan darurat tanpa perkenan baginda.

Malah beliau menipu Dewan Rakyat dengan mendakwa ianya sudah mendapat perkenan dari YDP Agong.



Sehinggakan pihak Istana Negara mengeluarkan kenyataan segera untuk menafikan apa yang Takiyuddin katakan.

 

Perkara ini telah dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi Ketua Pembangkang.



Apakah Takiyuddin sudah lupa atau beliau pura-pura lupa?

 

Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button