Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara

Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara

Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara

 

Sebelum ini, ada pihak menuduh kononnya bekas perdana menteri, DS Najib sebenarnya tidak pun menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Menurut mereka, tiada gambar yang dapat membuktikan perkara itu.



Namun, penceramah Wan Ji Wan Hussin yang baru saja menghabiskan hukuman penjaranya di sana menyatakan DS Najib sememangnya di penjara itu.

Wan Ji berkata dia pernah melihat kelibat DS Najib ketika menjalani hukumannya.

“Kalau ada orang kata DS Najib tiada dalam penjara, itu tidak betul.”

“Memang dia di Penjara Kajang, hari-hari dia ada di situ.”



“Kecuali kalau dia ada urusan luar seperti perbicaraan di mahkamah,” jelas beliau.

Mengenai layanan istimewa yang didakwa oleh Wan Ji, bagi penulis itu adalah peraturan penjara yang mengasingkan individu tertentu dari banduan biasa.

Untuk rekod, atas tujuan keselamatan, pihak penjara akan meletakkan individu tertentu berasingan dari banduan biasa.

Ianya berlaku bukan sahaja kepada bekas pemimpin negara atau ahli politik.



Tetapi ianya juga termasuk kepada individu yang pernah bertugas sebagai polis atau pun pegawai penjara sebelum dihukum penjara.

Dengan pengakuan dari Wan Ji yang mengatakan beliau sering melihat kelibat DS Najib di dalam Penjara Kajang, telah menafikan dakwaan kononnya DS Najib tidak menjalani hukuman di sana.

Bagi penulis, ini adalah antara bukti dendam kesumat yang tidak berakhir dari pihak yang memusuhi DS Najib.

Mengenai dakwaan mereka tidak ada gambar yang membuktikan DS Najib memang berada di dalam penjara.



Soalan yang mahu penulis kemukakan kepada mereka adalah apakah mereka pernah melihat gambar banduan diambil semasa mereka menjalani hukuman di penjara?

 

Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button