Dituduh sebabkan pengarah syarikat rugi RM13.4 juta

Oleh – Syeikh Baran


Dituduh sebabkan pengarah syarikat rugi RM13.4 juta
Chan Eng Leong tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, pagi tadi. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah dan menyalahguna harta syarikat membabitkan nilai kerugian hampir RM13.4 juta, lima tahun lalu.

Chan Eng Leong, 50, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.



Mengikut kertas pertuduhan pertama hingga ketiga, Eng Leong didakwa menipu Pengarah syarikat Global Tobacco Manufacturer (International) Sdn. Bhd., Goh Kim Heong dengan memperdaya mangsa untuk mempercayai dia boleh menyelesaikan kes cukai rokok dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Eksais Diraja.

Tertuduh dengan itu dengan curangnya telah mendorong Kim Heong menyerahkan wang tunai hampir RM11 juta yang mana Kim Heong tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh sebanyak sebelas kali di antara 11 April hingga 21 November 2019 di Taman Berjaya Indah dan Jalan Bukit Teh, Machang Bubok, Bukit Mertajam.

Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.



Mengikut pertuduhan keempat hingga keenam, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah dan menyalahguna wang syarikat yang sama berjumlah RM2.4 juta antara 1 hingga 3 Oktober 2019 di Jalan Bukit Teh, Machang Bubuk di Bukit Mertajam.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 dan 403 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Muna Mohamed Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam R.S.N Rayer.

Dalam prosiding, Rayer merayu mahkamah mempertimbangkan supaya jaminan dikurangkan susulan tertuduh memberikan kerjasama baik dan hadir ke mahkamah apabila diminta pegawai penyiasat.



Hakim Noor Aini kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin secara kumulatif berjumlah RM100,000 bagi kesemua pertuduhan.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 10 Mei depan.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading