Bengkel digital

Bengkel digital

Bengkel digital
SEBAHAGIAN ahli Perhebat yang menyertai eKelas Usahawan Maxis.

Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, Mariam Bevi Batcha berkata, program eKelas Usahawan Maxis diperkenalkan bagi membantu individu daripada pelbagai komuniti untuk mengemudi dunia yang semakin digital.

“Program ini adalah selaras dengan komitmen teguh kami untuk membina masyarakat inklusif digital, yang dicerminkan dalam misi eKelas Usahawan untuk menjana impak sosial yang positif dengan memanfaatkan kuasa teknologi.

“Bersama dengan Perhebat, kami berharap dapat terus menyumbang secara bermakna kepada pemerkasaan digital anggota ATM yang akan bersara dan telah bersara,” katanya dalam kenyataan.



Menurutnya, eKelas Usahawan ialah program pemasaran digital percuma yang menyasarkan untuk melengkapkan usahawan dan perniagaan kecil, terutamanya mereka daripada segmen B40, dengan alatan dan kemahiran digital asas untuk membina kehadiran digital yang lebih baik.

Sejak penubuhannya pada 2021, lebih 6,000 peserta telah menyertai program ini.

Perhebat pula berperanan sebagai pemboleh kepada kerjaya kedua anggota ATM yang telah bersara dengan menyediakan latihan yang diperlukan untuk membangunkan kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan agar dapat memudahkan peralihan mereka kepada kehidupan awam.

Bengkel digital

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading