Cuckoo perkenal barisan duta baharu

Cuckoo perkenal barisan duta baharu

Cuckoo perkenal barisan duta baharu

Kuala Lumpur: Cuckoo International (M) Sdn Bhd (Cuckoo) memperkenalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Phei Yong sebagai barisan duta jenamanya yang baharu.

Meneruskan peranannya sebagai duta jenama Cuckoo, penyanyi legenda tanah air, Siti Nurhaliza, sememangnya sudah terkenal sebagai rakan setia Cuckoo dan penyokong tegar gaya hidup sihat.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, Hoe Kian Choon berkata, sebagai kesinambungan daripada kerjasama Siti Nurhaliza dengan Cuckoo sejak 2020, pihaknya dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Jaclyn Victor dan Phei Yong ke dalam Cuckoo Family.

“Ketiga-tiga duta ini mencerminkan semangat kami untuk menjadi jenama Untuk Setiap Kamu (For All Kinds of You) dengan memberi inspirasi kepada semua lapisan dan generasi masyarakat untuk menjalani kehidupan lebih sihat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara


“Cuckoo sentiasa komited untuk mencipta impak positif, dan inisiatif #SamaSamaBuatBaik kami tahun ini, akan memperluaskan lagi usaha kami untuk mencipta persekitaran dan kediaman lebih sihat.

“Pelantikan ketiga-tiga duta ini adalah bagi tempoh setahun sehingga Mac 2025,” katanya kepada media pada majlis memperkenalkan duta baharu sempena BazarCuckoo X Riuh: #SamaSama Raya di sini, semalam.

Menurutnya, bersama dengan ketiga-tiga duta ini, Cuckoo berhasrat untuk membina hubungan lebih erat dengan rakyat Malaysia serta menggalakkan orang ramai untuk memiliki gaya hidup lebih sihat.

Selaras dengan semangat bulan Ramadan, Cuckoo turut memperkenalkan dua inisiatif pada majlis pelancaran terbabit dengan tema kempen Ramadan-Raya Cuckoo, #SamaSamaBuatBaik.

Inisiatif itu (Kamu Like, Cuckoo Derma dan Kamu Derma, Cuckoo Salurkan) lanjutan kepada nilai #SamaSamaHealthier Cuckoo untuk memberi impak positif kepada komuniti.

Cuckoo perkenal barisan duta baharu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker