LTAT lantik pengerusi, ketua eksekutif baharu

LTAT lantik pengerusi, ketua eksekutif baharu

LTAT lantik pengerusi, ketua eksekutif baharu
Jeneral (Bersara) Tan Sri Azizan Ariffin.

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pelantikan Jeneral (Bersara) Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif, berkuat kuasa Isnin, 1 April 2024.

Azizan adalah figura yang mempunyai pengalaman dan kepimpinan yang luas, selepas berkhidmat dengan cemerlang dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 40 tahun.

Beliau telah memenuhi pelbagai jawatan penting sepanjang perkhidmatannya termasuk Panglima Operasi Udara, Timbalan Panglima Tentera Udara, dan sebagai Panglima Tentera Udara ke-15.



Selepas itu, beliau telah mencipta sejarah dengan menjadi Panglima Angkatan Tentera yang pertama daripada Tentera Udara Diraja Malaysia.

LTAT dalam kenyataan berkata, pengalaman beliau yang luas dalam hal-hal ketenteraan, diplomasi, dan pembangunan kepimpinan diyakini akan mendorong LTAT agar terus mencapai objektif strategiknya dan meningkatkan peranan dalam menjaga kebajikan anggota ATM dan keluarga mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara



Azizan telah mengikuti Kursus Asas Penerbangan di Australia dan menerima kelayakan untuk menjadi juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia pada 7 Julai 1977.

Beliau adalah graduan Air Command and Staff College (USA) dan National

Defence College (India).

LTAT lantik pengerusi, ketua eksekutif baharu

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading