Edisi pertama The Hobbit dijual pada harga lebih RM60,000

Edisi pertama The Hobbit dijual pada harga lebih RM60,000

Edisi pertama The Hobbit dijual pada harga lebih RM60,000
FOTO Agensi

London: Salinan edisi pertama The Hobbit karya JRR Tolkien dijual pada harga lebih £10,000 (kira-kira RM60,153) selepas dijumpai secara kebetulan di sebuah kedai amal Scotland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Salinan buku terkenal jarang dijumpai yang menceritakan pengembaraan Bilbo Baggins itu, ditemukan oleh seorang pengurus perniagaan di Cancer Research United Kingdom (UK) di Dundee.

Walaupun model perniagaan kedai itu menjual item pada harga £5 atau lebih rendah, buku itu telah dijual di eBay – dan dijual pada harga £10,099.50.



Diterbitkan pada tahun 1937, buku ini merupakan satu daripada hanya 1,500 naskhah yang dikeluarkan dalam terbitan asalnya dan menampilkan ilustrasi hitam-putih oleh Tolkien sendiri.

Pengurus kedai Adam Carsley, yang menjumpai buku itu berkata pada awalnya dia menyangka bahawa salinan “dijaga dengan baik” itu “tidak boleh dijual kerana usianya”.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu




Carsley pernah berada di Dundee Superstore sejurus sebelum pembukaannya untuk membantu dengan latihan pengurus baharu dan organisasi stok, termasuk ratusan buku di ruang belakang, ketika beliau menjumpai buku itu.

“Saya membuka halaman pertamanya dan melihat buku itu adalah edisi pertama dan menganggapnya layak dihantar kepada pasukan eBay.

“Pada mulanya, saya fikir kami akan mendapat maksimum £500 jika kami bernasib baik, jadi saya tidak percaya apabila saya mendengar beberapa bulan kemudian, ia telah dijual pada harga lebih £10,000.”

Pastinya buku itu harga tertinggi yang dicapai di laman eBay kami untuk satu item. Sumbangan seperti ini membantu membiayai penyelidikan menyelamatkan nyawa di seluruh UK.”



Edisi pertama The Hobbit dijual pada harga lebih RM60,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading