Lelaki maut langgar belakang jengkaut di Sibu

Lelaki maut langgar belakang jengkaut di Sibu

Lelaki maut langgar belakang jengkaut di Sibu
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian belakang jengkaut yang diparkir di Kilometer 30, Jalan Nanga Tutus, Sibu malam tadi. – Foto FB Info Terkini Sarawak

SIBU: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian belakang jengkaut yang diparkir di Kilometer 30, Jalan Nanga Tutus dekat sini, malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu Andy Alie, berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam tadi, mangsa Ingkoi Ledom, 58, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu kenderaan jenis Perodua Kenari itu.

“Mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sibu di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.



Beliau berkata 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, Sibu dan tiga anggota dari BBP Pusat Sibu digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 33 kilometer dari sini.

Operasi selesai pada 11.06 malam tadi. – BERNAMA

Lelaki maut langgar belakang jengkaut di Sibu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading