Liverpool enggan tercicir mata lagi

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tetap menyanjungi rakan sejawatnya di Brighton iaitu Roberto De Zerbi ketika kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam ini.
De Zerbi kekal sebagai calon utama untuk menggantikan Klopp musim depan selain pengendali kelab Portugal, Sporting Lisbon, Ruben Amorim selepas Xabi Alonso kekal di Bayer Leverkusen untuk tempoh semusim lagi.
Klopp memuji De Zerbi dan menganggap pengurus itu antara calon tepat terutamanya selepas apa yang dilakukannya bersama Brighton.
“Kami akan turun ke gelanggang untuk meraih tiga mata dan sasaran itu cukup jelas. Namun, kami sedar betapa sukarnya untuk menghadapi Brighton.
“Roberto (De Zerbi) sudah melakukan tugasnya dengan cukup baik, namun kami juga pamer peningkatan dalam tempoh 18 bulan sejak perhitungan pertama dengan Brighton.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat
- Bila Kacang Lupakan Kulitnya
- ‘Sukarelawan’ PASTI Di Suruh Berbohong Ketika Lawatan JTK?
“Kami perlu mengganggu rentak mereka dan ia akan menjadikan perlawanan ini menarik. Sudah pasti saya tidak sabar untuk menghadapi perlawanan ini,” katanya.
The Reds kini tidak boleh lagi tercicir mata untuk mencerahkan peluang bergelar juara ketika dua pencabar terdekatnya, Manchester City dan Arsenal akan buat perhitungan sesama sendiri.
Dalam masa sama, Klopp memahami keputusan Alonso untuk kekal bersama Leverkusen.
“Saya boleh bercakap tentang pengurus muda di sesebuah kelab dan meraih kejayaan. Saya juga lakukan perkara yang sama dan tidak pernah menyesal dengan keputusan itu,” jelasnya. – AGENSI
Liverpool enggan tercicir mata lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 𝗧𝗣𝗠 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝟲𝟰𝟬𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜
- Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini
- Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :