Buruh tukar pengakuan memperdagangkan wanita untuk eksploitasi seks

Buruh tukar pengakuan memperdagangkan wanita untuk eksploitasi seks

Buruh tukar pengakuan memperdagangkan wanita untuk eksploitasi seks
Dua tertuduh yang didakwa memperdagangkan seorang wanita bagi tujuan eksploitasi seks di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. – NSTP/GHAZALI KORI

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh hari ini menukar pengakuan bersalah yang dibuat sebelum ini kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita tempatan bagi tujuan eksploitasi seks.

Tertuduh, Mohamad Fazley Jaafar, 29, membuat pengakuan itu dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan terbabit dibacakan semula jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Pada 21 Mac lalu, tertuduh mengaku bersalah di depan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri sebelum mahkamah menetapkan hari ini untuk jatuh hukum, namun tertuduh menukar pengakuannya.



Bagaimanapun, rakannya, Mohd Hasfyanizam Mansor, 48, yang juga seorang guru mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama-sama memperdagangkan seorang wanita tempatan berusia 29 tahun bagi maksud eksploitasi seks di sebuah apartment di daerah ini, pada jam 2.35 pagi 11 Mac lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”




Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 22 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan membenarkan mereka diikat jamin RM12,000 setiap seorang.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iffah Nabihah Mohd Ishak, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Ghazali Ismail.

Buruh tukar pengakuan memperdagangkan wanita untuk eksploitasi seks

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button