EPL: Liverpool bangkit atasi Brighton

EPL: Liverpool bangkit atasi Brighton

EPL: Liverpool bangkit atasi Brighton
BINTANG Liverpool, Luis Diaz (kiri) turut dihimpit kecewa apabila jaringan keduanya dibatalkan selepas dikesan berada di kedudukan offsaid. – AFP

LONDON – Liverpool terus memberikan tekanan kepada Manchester City dan Arsenal apabila raih kemenangan 2-1 ke atas Brighton di Anfield, sebentar tadi.

Tiga mata itu membolehkan The Reds terajui carta Liga Perdana Inggeris dan berpeluang mengekalkan kedudukan itu sekiranya Arsenal tewas kepada Man. City pada satu lagi aksi malam ini.

Walaupun Danny Welbeck membuka jaringan buat Brighton seawal minit kedua, ia langsung tidak beri kesan besar buat Liverpool yang dilihat lebih menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang terbaik sepanjang 20 minit pertama permainan.

Minit ke-27, Luis Diaz akhirnya kembali menyamakan kedudukan dan walaupun pemain Brighton mendakwa penyerang Liverpool itu berada di kedudukan offsaid, pengadil perlawanan, David Coote tetap mengesahkan jaringan berkenaan.

Bintang sensasi The Reds, Mohamed Salah wajar menambah kelebihan buat Liverpool sebaliknya penyerang Mesir itu dilihat terlalu gopoh hingga gagal melakukan sentuhan pertama dengan lebih baik dan memudahkan pertahanan Brighton melakukan tugasan bertahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama


Selepas aksi bersambung, permainan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan dimana Brighton dilihat makin berani untuk mengerakan serangan.

Selepas melepaskan beberapa peluang terbaik, minit ke-65 Salah akhirnya mampu mengukir senyuman apabila bijak melepasi kawalan pemain lawan sebelum melepaskan rembatan yang gagal dihalang penjaga gol Brighton, Bart Verbruggen.

Minit ke-71, Diaz sekali lagi merobek gawang Brighton namun jaringan ketiga The Reds itu dibatalkan kerana offsaid. – KOSMO! ONLINE

EPL: Liverpool bangkit atasi Brighton

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker