PN Tiada Asas Moral Untuk Pertikaikan Keputusan Mahkamah Bebaskan Zahid


PN Tiada Asas Moral Untuk Pertikaikan Keputusan Mahkamah Bebaskan Zahid

PN Tiada Asas Moral Untuk Pertikaikan Keputusan Mahkamah Bebaskan Zahid

Isu yang sebenarnya bukan isu, pembebasan DS Zahid dari 47 pertuduhan terus dimainkan oleh Perikatan Nasional.

Di dalam parlimen, Shahidan Kassim secara terang-terangan menipu.

Pengerusi Pilihan Khas Parlimen (PSSC), yang juga ahli parlimen Selayang, Wiliiam Wong, mendedahkan PSSC akan memanggil Peguam Negara untuk dapatkan penjelasan.



Dan Shahidan adalah salah seorang dari ahli jawatankuasa PSSC.

Tetapi agak menghairankan apabila beliau mendakwa beliau tidak tahu mengenai keputusan PSSC.

Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq, pula dilihat cuba menjadi hero dengan menarik balik sokongan ke atas Kerajaan Perpaduan.

Kononnya atas dasar prinsip yang teguh menentang jenayah rasuah dan salah guna kuasa.



Melucukan, beliau sendiri kini di peringkat akhir perbicaraan rasuah dan salah guna kuasa RM1 juta duit Armada PPBM.

Manakala Ketua Armada PPBM, Wan Fahysal, pula cuba memberikan gambaran betapa PPBM memandang jijik perbuatan rasuah jenayah dengan cuba memainkan isu tersebut.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera



Tetapi beliau lupa, menantu Presiden PPBM kini hidup dalam pelarian kerana sudah pun dimasukkan ke dalam Notis Merah Interpol.

Kenapa menantu Muhyiddin kini hidup dalam pelarian?

Kerana lari dari SPRM atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Lebih memalukan, anak Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin, kini sedang berhadapan dengan pertuduhan menyelewengkan subsidi minyak masak untuk rakyat marhaen.



PAS juga tidak ketinggalan untuk memainkan isu tersebut dalam usaha untuk membina naratif bahawa parti tersebut menentang keras jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Tetapi PAS lupa, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, akan dipanggil SPRM atas dakwaan mencuri nadir bumi di Kedah.



@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

PAS juga lupa pada video ‘Wallahi, saya undi PAS’ yang tular selepas PRU 15.

Dan boleh PAS jelaskan ke manakah menghilangnya saksi utama petisyen pembatalan keputusan PRU 15 bagi parlimen Marang?



Mungkinkah beliau dan keluarga beliau kini berada di Thailand dengan segala keperluan dan perbelanjaan ditanggung oleh PAS?

Ibarat memaku dulang paku serpih, di manakah asas moral Perikatan Nasional dalam membicarakan isu tersebut?

PN Tiada Asas Moral Untuk Pertikaikan Keputusan Mahkamah Bebaskan Zahid

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading