Reaksi Syatilla Melvin Jumpa Anak Mua Bellaz Raih Perhatian Ramai [VIDEO]

“Terserlah Muka Geram Nak Gomoi Tu”

Reaksi Syatilla Melvin Jumpa Anak Mua Bellaz Raih Perhatian Ramai [VIDEO]

Reaksi Syatilla Melvin Jumpa Anak Mua Bellaz Raih Perhatian Ramai [VIDEO]

Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.



Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.

“Tilla Tu Menyelit Macam Dia Bukan Artis”-Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan anak kepada pempengaruh Muabellaz iaitu Nur Aisywara Nealofa atau lebih dikenali sebagai Wara yang menjadi perhatian ramai dengan telatah dan kecomelannya itu. Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @alyphnasr yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 383 ribu, tanda suka sebanyak 27 ribu dan sebanyak 201 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin yang sempat berkunjung ke booth milik Muabellaz untuk menjenguk Wara secara langsung.

@alyphnasr



Replying to @Bukan Fida #fyp #wara #muabellaz

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

@alyphnasr

Waaaraaaaa 👧🏻 #muabellaz #wara #fyp #fypシ @muabellazz



♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Rata-rata netizen teruja melihat tindakan Syatilla Melvin itu. Mereka juga mengatakan bahawa sememangnya Syatilla Melvin dikenali amat suka akan kanak-kanak.

Apa-apa pun, semoga Wara membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberika rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Reaksi Syatilla Melvin Jumpa Anak Mua Bellaz Raih Perhatian Ramai [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gula-Gula Perikatan Nasional Kepada Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading