Orang Ramai Di Melaka Dilarang Makan Kupang Berkuat Kuasa Serta-Merta
Ada Alga Berbahaya Dan Beracun
Orang Ramai Di Melaka Dilarang Makan Kupang Berkuat Kuasa Serta-Merta
Pihak berkuasa di Melaka telah mengeluarkan arahan larangan memakan dwicangkerang dengan serta-merta, setelah mendapati bacaan biotoksin mencapai tahap yang membahayakan kesihatan manusia. Larangan ini akan berkuat kuasa sehingga pemantauan menunjukkan paras keselamatan yang dibenarkan.
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengeluarkan kenyataan yang menggariskan bahawa hasil analisis dari sampel kupang dan air yang diambil dari kawasan Sebatu, Melaka, menunjukkan kehadiran alga Alexandrium yang berpotensi membahayakan kesihatan.
https://www.facebook.com/dof.malaysia/posts/387391200919398?ref=embed_post
Tindakan segera telah diambil untuk menjaga keselamatan awam dengan memulakan pemantauan secara berkala selama 20 hari mengikut prosedur operasi standard Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan.
Larangan tersebut telah dikenakan kepada pengusaha dan penternak untuk menghentikan segera aktiviti penjualan dan pengeluaran kupang ternakan dari perairan Melaka.
Tindakan ini adalah langkah pencegahan awal berikutan kes kupang tercemar di Port Dickson, Negeri Sembilan. Larangan ini dilaksanakan bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin.

Kenyataan DOF mengesahkan bahawa kupang dari perairan Port Dickson, khususnya di Kampung Telok dan Sungai Sekawang di Pasir Panjang, tidak selamat dimakan berikutan kehadiran biotoksin.
Keselamatan masyarakat adalah keutamaan utama. Walaupun makanan laut adalah sumber makanan yang popular, adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila terdapat risiko kepada kesihatan manusia.
Orang Ramai Di Melaka Dilarang Makan Kupang Berkuat Kuasa Serta-Merta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Pihak Yang Dahulu Menentang Boikot KK Mart Membisu Bila Di Seru Boikot Produk Aliff Syukri
- Terkini – Dr Akmal Saleh ditahan Polis.
- Benarkah Ada Titah Supaya Najib Di Berikan Tahanan Di Rumah Dalam Pengampunan Di Raja?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :