Pelakon lelaki didakwa larikan isteri orang dihadapkan ke mahkamah esok

KUALA LUMPUR, 28 Mei  — Seorang pelakon lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan serta melarikan isteri orang akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff dalam kenyataan di sini hari ini berkata lelaki berusia 24 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.

Dia akan didakwa di Mahkamah Ampang pada 9 pagi esok, katanya.

Semalam, Bernama melaporkan polis menahan lelaki terbabit selepas dia selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang berhubung dakwaan menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.



— BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading