Kes Ebit Lew: Perisian tak dapat kenalpasti data dipadam

Kes Ebit Lew: Perisian tak dapat kenalpasti data dipadam

Kes Ebit Lew: Perisian tak dapat kenalpasti data dipadam
Gambar fail – Pendakwah Ebit Lew.

TENOM: Mahkamah Majistret di sini hari ini, diberitahu perisian XRY yang digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengenal pasti data yang dipadam daripada telefon bimbit pengadu wanita dalam kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM, Latifah Abdul Aziz, 43, berkata beliau menggunakan perisian itu untuk mengekstrak data dalam telefon bimbit pengadu.

Saksi pendakwaan ketujuh itu bersetuju dengan cadangan peguam Ram Singh, yang mewakili Ebit Lew, bahawa sebagai pihak yang menyediakan laporan forensik dan menganalisis telefon bimbit tersebut, ada kemungkinan mesej teks telah dipadam.



Latifah berkata beliau turut menganalisis telefon bimbit yang dirampas daripada saksi pertama iaitu Mohd Fairuz Abu dan saksi ketiga, Firdaus Wong Wai Hung.

“Hasil analisis mendapati terdapat kumpulan WhatsApp dinamakan ‘Nobody’ mempunyai empat ahli iaitu Mohd Fairuz, Firdaus dan dua inidvidu lain,” katanya pada perbicaraan kes Lew di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Perbicaraan bersambung esok.

– BERNAMA



Kes Ebit Lew: Perisian tak dapat kenalpasti data dipadam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading