Barcelona mahu sambar khidmat Nunez

Barcelona mahu sambar khidmat Nunez

Barcelona mahu sambar khidmat Nunez
NUNEZ berjaya menarik minat Barcelona untuk mendapatkan khidmatnya bagi menggantikan Lewandowski yang bakal dilepaskan. – AFP

BARCELONA – Bintang Liverpool, Darwin Nunez menjadi sasaran mengejutkan untuk Barcelona menjelang jendela perpindahan musim panas nanti selepas kelab itu me­ngumumkan bakal berlaku perubahan besar dalam pasukan tersebut.

Kehadiran pe­nyerang Liverpool itu mungkin akan mengisi kekosongan Robert Lewandowski yang dijangka menjadi antara nama besar meninggalkan Camp Nou dalam rombakan besar-besaran itu nanti.

Had gaji Barcelona ketika ini telah dikurangkan kepada £174 juta (RM1 bilion) oleh LaLiga, justeru memaksa mereka untuk melepaskan pemain yang memperoleh gaji lumayan bagi meneruskan usaha pembentukan semula pasukan.



Lewandowski merupakan salah seorang pemain yang meraih gaji tertinggi dan dia dilaporkan akan menjadi ‘mang­sa’ memandangkan gajinya bakal meningkat kepada £27 juta (RM160 juta) musim depan.

Sementara itu, walaupun Nunez adalah antara pemain yang menerima gaji tertinggi di Liverpool, tetapi gajinya hanya satu per empat daripada gaji pemain Poland tersebut, sekali gus meletakkannya dalam radar The Catalans.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi




Bagaimanapun, Nunez dikatakan sangat gembira di Anfield dan tiada isu yang mendesak untuk dia berpindah tetapi ada sumber yang melaporkan pemain Uruguay itu tertarik dengan peluang beraksi bersama kelab gergasi Sepanyol ber­kenaan.

Sebagai rekod, selepas menyertai Liverpool dari Benfica, pemenang Anugerah Pemain Terbaik Liga Portugal (LPFP) musim 2021/22 itu sudah meledak 33 gol dalam 94 perlawanan bersama The Reds. – AGENSI

 



Barcelona mahu sambar khidmat Nunez



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button