Pertimbang haramkan protes bakar al-Quran, kitab agama lain

Pertimbang haramkan protes bakar al-Quran, kitab agama lain

Pertimbang haramkan protes bakar al-Quran, kitab agama lain
WANITA Iraq memegang al-Quran ketika menyertai bantahan terhadap protes yang membakar kitab suci itu di Sweden, baru-baru ini. FOTO AFP.

Copenhagen: Denmark sedang mempertimbang untuk mengharamkan protes yang membabitkan pembakaran al-Quran atau kitab agama lain, atas kebimbangan keselamatan dan diplomatik.

Kementerian Luar Denmark dilapor BBC berkata, walaupun penting untuk melindungi kebebasan bersuara, namun protes sedemikian hanya menguntungkan pelampau dan menimbulkan ancaman keselamatan.

Copenhagen sedang melihat kaedah undang-undang untuk campur tangan dalam beberapa keadaan, termasuk protes di luar kedutaan.



Perdana Menteri Sweden turut dilapor melihat keperluan melakukan proses perundangan sama.

Kedua-dua negara Scandinavia itu mengalami tekanan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, selepas memberi kebenaran untuk beberapa siri protes kontroversi yang memperlihatkan kitab suci al-Quran dibakar, yang mencetuskan ketegangan diplomatik dengan beberapa negara majoriti Muslim.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya




Dalam kenyataan, Kementerian Luar Denmark berkata, mahu campur tangan dalam beberapa protes yang mana ‘negara, budaya dan agama lain dihina, serta yang boleh membawa kesan negatif ketara kepada Denmark’ termasuk kebimbangan keselamatan.

Bagaimanapun, kerajaan Denmark menekankan kebebasan bersuara adalah nilai asas, justeru sebarang perubahan mesti dilakukan dalam kerangka kebebasan bersuara yang dilindungi oleh perlembagaan, dengan cara yang tidak mengubah hakikat bahawa kebebasan bersuara di Denmark mempunyai skop yang sangat luas.

Kenyataan itu juga secara khusus mengakui protes kontroversi begitu memberi kesan terhadap reputasi Denmark di peringkat antarabangsa, dan mengulangi kutukan kerajaan sebelum ini terhadap perbuatan pelampau yang membakar kitab agama.

“Protes seumpamanya sudah mencapai tahap di mana Denmark dianggap sebagai sebuah negara yang memudahkan pelakuan menghina budaya, agama dan tradisi negara lain,” tambah kenyataan itu.



Pertimbang haramkan protes bakar al-Quran, kitab agama lain


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button