Agak Pelik Jawapan Jabatan Peguam Negara Mengenai Isu Tahanan Rumah DS Najib
Agak Pelik Jawapan Jabatan Peguam Negara Mengenai Isu Tahanan Rumah DS Najib
17 April 2024 (Rabu) akan menjadi tarikh yang sangat penting kepada rakyat Malaysia terutamanya penyokong DS Najib.
Pada hari tersebut, semkan kehakiman kehakiman terhadap pelaksanaan perintah adendum YDP Agong akan bermula.
Sebagaimana yang didakwa oleh peguambela DS Najib, Shafee Abdullah, seorang saksi penting dijangka akan hadir untuk memberikan afidavit mengenainya.
Siapa saksi penting yang dimaksudkan oleh Shafee Abdullah.
Pasti ianya hanya akan diketahui apabila semakan kehakiman itu dimulakan.
Namun begitu, penulis merasakan, kenyataan pihak Jabatan Peguam Negara yang dikatakan membantah titah adendum tersebut adalah sesuatu yang amat janggal.
Menurut lapuranĀ Channel News Asia (CNA), pihak Jabatan Peguam Negara membantah agar DS Najib diberikan tahanan di rumah.
Alasan yang diberikan Jabatan Peguam Negara adalah kerana ianya tidak dibincangkan semasa Lembaga Pengampunan bersidang.
Persoalan yang ingin penulis kemukakan adalah, kuasa pengampunan sebenarnya adalah kuasa prerogatif siapa?
Adakah ianya kuasa prerogatif YDP Agong atau kuasa prerogatif Lembaga Pengampunan?
Menurut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutan, dengan jelas ianya menyebut:
Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera.
Dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.
Kuasa Pengampunan Adalah Kuasa Prerogatif YDP Agong
Perlembagaan secara jelas menyatakan kuasa pengampunan adalah kuasa prerogatif YDP Agong bagi kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan.
Dan YDP Agong tidak terikat kepada nasihat atau keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan.
Kita sudah mempunyai precedent mengenainya.
Semasa YDP Agong ke XV, Sultan Muhammad V, memberikan pengampunan penuh kepada Anwar Ibrahim.
Walau pun ianya cuba dicabar di mahkamah, tetapi mahkamah telah menolaknya.
Antara alasan mahkamah adalah isu kuasa pengampunan YDP Agong adalah sesuatu yang tidak boleh dicabar di mahkamah.
Jadi, di manakah asasnya kenyataan Jabatan Peguam Negara itu?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Fakta Kes 1MDB Yang Ramai Buat Buat Tak Tahu
- Jangan Terlalu Skeptikal Hingga Over Acting Dalam Isu 3R
- Isu DS Najib Dapat Tahanan Rumah Mula Tersebar Ke Seluruh Dunia, Kerajaan Mesti Beri Penjelasan