(Video) Dunia Di Ambang Perang, Apa Persediaan Kerajaan?

(Video) Dunia Di Ambang Perang, Apa Persediaan Kerajaan

(Video) Dunia Di Ambang Perang, Apa Persediaan Kerajaan?

 

Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan (Tok Mat Hasan), mengingatkan agar konflik di Asia Tengah yang memasuki fasa baharu tidak mengalihkan perhatian kepada isu kezaliman Israel di Gaza.

Sejak Israel melakukan serangan di Gaza tujuh bulan yang lalu, seramai 33,000 rakyat Palestin telah terbunuh.



Sebahagian besar dari mereka adalah orang tua, wanita dan kanak-kanak.

“Masyarakat antarabangsa tidak boleh melupakan objektif untuk memastikan kebebasan rakyat Palestin dan hak mereka ke atas tanah mereka sendiri.”

“Sebarang gangguan daripada objektif ini adalah apa yang dimahukan Israel.”

“Iaitu mengalihkan perhatian masyarakat global daripada tindakan tidak berperikemanusiaan dan jahat tidak bermoral mereka di Palestin,” tegas Tok Mat Hasan.



Kenyataan Tok Mat Hasan itu dilihat sebagai respon terhadap konflik yang kini turut membabitkan serangan Iran terhadap Israel.

 

Iran telah melancarkan ratusan peluru berpandu ballistik dan dron-dron berani mati terhadap beberapa kedudukan tentera dalam Israel.

Ianya adalah sebagai membalas dendam serangan udara rejim Tel Aviv terhadap bangunan kedutaannya di Damsyik, Syria yang membunuh tiga orang Jeneralnya tempoh hari.



Ia adalah kali pertama dalam sejarah Iran melancarkan serangan secara langsung terhadap Israel.

Ianya berkemungkinan besar akan menyebabkan konflik di Timur Tengah merebak melibatkan beberapa negara lain di rantau dan juga kuasa besar.

Serangan tersebut telah mengenai beberapa lokasi termasuk di padang pasir Negev yang menempatkan pangkalan tentera udara utamanya.

Mengapa Israel Memancing Iran Untuk Berperang?

 



Timbul persoalan, mengapakah negara haram Israel bersungguh-sungguh mahu memancing Iran untuk turut serta berperang?

Sebagaimana yang kita tahu, sebelum ini, beberapa negara sekutu Amerika Syarikat seperti Jepun, Perancis telah menarik balik bantuan kepada United Nation Relief & Works Agency (UNRWA).

Strategi Israel yang menghasut negara kuasa besar supaya menghentikan bantuan dana telah berjaya dengan mendakwa kononnya sukarelawan UNRWA terdiri dari pejuang HAMAS.

Namun disebabkan kezaliman dan kegilaan Israel di Gaza, negara yang sebelum ini menarik bantuan telah menyalurkan semula bantuan mereka.



Malah, Amerika sendiri telah berpendirian tegas dengan memberikan kata dua, sama ada Israel berundur dari Gaza atau mereka akan bersendirian.

Keadaan ini membuatkan Israel tersepit dan akur dengan tekanan antarabangsa supaya mereka berundur dari Gaza.

Untuk mencipta naratif bahawa kononnya mereka terpaksa mempertahankan diri, Israel telah membuat provokasi supaya Iran turut berperang.

Serangan Israel terhadap kedutaan Iran di Damsyik dan Syria telah mencetuskan kemarahan Iran dan melakukan tindak balas.



Inilah sebenarnya yang Israel mahukan.

Mereka mahu supaya Iran melakukan serangan dan dengan itu, sokongan negara besar yang sebelum ini telah menurun akan kembali bersama Israel.

Apa Implikasi Terhadap Perkembangan Terbaru Dan Apa Persediaan Kerajaan Malaysia?

 

Negara pertama yang akan membantu Israel sudah pastilah Amerika Syarikat.

Israel juga berharap supaya Amerika menggunakan pengaruh mereka untuk mengheret negara Eropah supaya memberikan bantuan dana dan persenjataan.

Namun begitu, Iran juga tidak keseorangan.

Sekiranya Amerika dan negara Eropah campurtangan secara langsung, Rusia, China dan Korea Utara pasti akan turut campurtangan dengan membantu Iran.

Sekiranya ini berlaku, maka dunia akan berada di ambang peperangan dunia ketiga.

Persoalan yang lebih besar adalah, adakah kerajaan Malaysia sudah cukup bersedia dengan keadaan ini?

Walau pun peperangan mungkin tidak akan membabitkan negara kita, namun perdagangan antarabangsa pasti akan terjejas teruk.

Negara kita bergantung kepada bekalan impot bahan makanan sebanyak 90%.

Adakah kerajaan sudah memastikan stok makanan asas negara seperti beras cukup untuk menampung keperluan rakyat untuk tempuh sekurang-kurangnya 6 bulan?

Bagaimana pula dengan bahan asas yang lain seperti minyak masak, gula, garam dan lain-lain?

Kerajaan mesti bertindak segera sebelum segala-galanya terlambat.

 

(Video) Dunia Di Ambang Perang, Apa Persediaan Kerajaan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button