Hattan : Tahun Lalu Arwah Tanam Bunga Di Pusara Arwah Ibu

Siapa Sangka Tahun Ini Arwah Dikebumikan Bersebelahan Kubur Ibu

Hattan : Tahun Lalu Arwah Tanam Bunga Di Pusara Arwah Ibu

Hattan : Tahun Lalu Arwah Tanam Bunga Di Pusara Arwah Ibu
Hattan

Penyanyi Datuk Hattan memberitahu adik kandungnya, Mohd Hatta Shahabuddin telah menghembuskan nafas terakhir, semalam.

Saya reda pemergian arwah adik

Hattan : Tahun Lalu Arwah Tanam Bunga Di Pusara Arwah Ibu

Menurut Hattan, dia berasa sedikit terkilan apabila tidak dapat berada di sisi adiknya kerana sudah pulang ke ibu kota sehari sebelum itu.



Saya reda dengan pemergian arwah adik, namun arwah pergi pada bulan baik iaitu hari raya kelima. Arwah memang mempunyai masalah jantung namun masih terkawal dan tidak mengalami sebarang simptom sebelum itu.

Pemergian arwah adalah secara mengejut. Apa yang berlaku adalah sebagai asbab kematian.

Kami adik-beradik memang saling bersatu dan tidak bergaduh, jadi pemergian arwah satu kehilangan besar dalam keluarga. Sekitar jam 3.50 petang, arwah termuntah dan itu merupakan hembusan nafas terakhirnya.

Pelantun suara ‘Rendang Tak Berbuah’ itu menyifatkan adiknya sebagai tulang belakang di sebalik perniagaan yang diusahakan di mana arwah adalah akauntan yang menguruskan kewangannya.



Kereta arwah pun masih lagi berada di bawah, tempat yang dia ‘park’ pun belum berubah lagi. Tahun lalu ketika bulan Ramadan, arwah menanam bunga pada pusara arwah ibu dan semalam dikebumikan selepas Zuhur bersebelahan pusara ibu.

Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Menanti, Negeri Sembilan dan solat jenazah diimamkan oleh anak tunggal arwah yang berusia 17 tahun.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan yang soleh dan beriman.

Sumber: Hattan



Hattan : Tahun Lalu Arwah Tanam Bunga Di Pusara Arwah Ibu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading