Pengantin perempuan terkandas akibat banjir

Pengantin perempuan terkandas akibat banjir

Pengantin perempuan terkandas akibat banjir
Pengantin lelaki, Syahiran Shaari, 26, meneruskan perkahwinan tanpa pengantin perempuan yang terkandas akibat banjir di Kelantan

PASIR PUTEH: Satu majlis perkahwinan dekat Bukit Abal di sini, terpaksa dijalankan tanpa kehadiran pengantin perempuan apabila wanita itu bersama rombongannya terkandas akibat banjir sejak petang tadi.

Pengantin lelaki, Syahiran Shaari, 26, berkata isterinya, Siti Nabila Sukri, 26, dan rombongan dari Tanah Merah, sepatutnya tiba jam 3 petang tadi, namun sehingga kini tidak dapat sampai ke rumah bagi majlis sambut menantu kerana beberapa lokasi laluan dinaiki air.

Katanya, isteri dan rombongan bergerak dari rumah mereka sejak jam 2 petang namun terkandas di lokasi banjir.



“Isteri memaklumkan mereka terpaksa mengharungi beberapa lokasi yang dilimpahi air dan menyebabkan majlis diteruskan tanpa pengantin perempuan.

“Bagaimanapun setakat dimaklumkan tadi, isteri memberitahu rombongan cuba melalui kawasan lain iaitu laluan Salor, Pasir Mas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Abal, di sini, hari ini.

Syahiran yang juga anak keempat daripada tujuh beradik itu, berkata majlis perkahwinan di Tanah Merah diadakan Jumaat lalu dan ketika itu banjir belum melanda Kelantan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Setakat ini saya tak tahu bila rombongan pengantin akan sampai atau mereka boleh atau tidak teruskan perjalanan, apapun saya anggap ini cabaran bila buat majlis di musim tengkujuh,” katanya.



Di kampung yang sama, beberapa lokasi turut dilimpahi air sehingga satu meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustafor, berkata keadaan hujan berterusan menyebabkan beberapa kampung dinaiki air dan jumlah mangsa banjir dijangka terus meningkat.

Katanya, sehingga kini lima pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Changgai, SK Wakaf Raja, SK Kamil 1, Dewan Sri Kamil dan SK Sungai Petai.

“Kampung yang terjejas pula membabitkan Kampung Daram Buaya, Gong Cokoh, Tasek, Sungai Petai, Sungai Kelong, Panggung tiga daerah, Surau dan Temila,” katanya.



Beliau berkata, banjir turut mengakibatkan fenomena kepala air di lokasi rekreasi di Jeram Mengaji namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tambah beliau, ini kerana lokasi itu sudah ditutup kepada orang awam sejak awal Disember lalu selepas amaran monsun timur laut (MTL).

Lelaki Terkejut Bekas Kekasih Datang Majlis Pakai Baju Pengantin



Pengantin perempuan terkandas akibat banjir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button