Rumah pengebumian ‘laku’ di China

Rumah pengebumian ‘laku’ di China

Rumah pengebumian ‘laku’ di China
KAKITANGAN memindahkan mayat ke dalam keranda di rumah pengebumian di Beijing kelmarin.-REUTERS

BEIJING: Rumah pengebumian dan krematorium di seluruh bandar di Beijing dan Shanghai bergelut untuk memenuhi permintaan beberapa hari selepas China membatalkan sekatan ketat terhadap wabak Covid-19.

Kereta jenazah yang membawa mayat memenuhi jalan masuk ke krematorium Covid-19 di ibu negara China manakala pekerja di puluhan rumah pengebumian di bandar itu kini berdepan hari yang lebih sibuk daripada biasa.

Sejak beberapa hari lalu, Beijing berdepan penyebaran varian Omicron yang sangat mudah ditularkan hingga menjejaskan pelbagai perkhidmatan termasuk katering dan penghantaran bungkusan.



Rumah pengebumian dan krematorium di seluruh bandar berpenduduk 22 juta itu turut berdepan masalah apabila lebih ramai pekerja dan pemandu diuji positif Covid-19.

China masih belum melaporkan secara rasmi sebarang kematian Covid-19 sejak 7 Disember lalu apabila negara itu secara tiba-tiba menamatkan banyak prinsip utama dasar sifar Covid yang telah diperjuangkan oleh Presiden, Xi Jinping.

Keputusan itu dibuat berikutan bantahan awam yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap protokol itu.

Kes kematian Covid-19 meningkat

Lonjakan mendadak dalam kematian akan menguji usaha pihak berkuasa untuk menarik China keluar daripada ujian yang tidak berkesudahan, penutupan dan sekatan perjalanan ketat selain cuba menyesuaikan semula dengan dunia yang sudah dibuka untuk hidup dengan penyakit itu.

Pada petang Sabtu, seorang wartawan Reuters melihat kira-kira 30 van jenazah berhenti di jalan masuk menuju ke rumah pengebumian Dongjiao, sebuah krematorium untuk mangsa Covid-19 di Beijing.

Pengendali tempat letak kereta dan pemilik kedai tempayan di bangunan rumah pengebumian berkata, jumlah kematian kini melebihi purata dan lebih banyak jika dibandingkan dengan tempoh sebelum penarikan balik sekatan pada 7 Disember lalu.

Di Rumah Pengebumian Huairou, terdapat mayat yang terpaksa disimpan selama lebih tiga hari sebelum proses pengebumian dan pembakaran dapat dilaksanakan.



Tiada kemaskini statistik Covid-19 

Pihak berkuasa kesihatan China kali terakhir melaporkan kematian akibat Covid-19 pada 3 Disember lalu dan Beijing pula melaporkan kematian kali terakhir pada 23 November lalu.

Angka rasmi kes kini menjadi panduan yang tidak tepat kerana kurang ujian dilakukan di seluruh negara berikutan pelonggaran dasar sifar Covid.

China berhenti menerbitkan jumlah kes tanpa gejala mulai Rabu lalu, memetik kekurangan ujian RT-PCR (PCR) dalam kalangan mereka yang tidak bergejala.

Ketiadaan jumlah kematian Covid-19 yang dilaporkan secara rasmi selama 10 hari lalu mencetuskan perdebatan di media sosial mengenai ketepatan data yang didorong oleh kekurangan statistik mengenai kemasukan ke hospital dan bilangan yang sakit tenat.



Di Shanghai, pihak berkuasa pendidikan tempatan mengarahkan kebanyakan sekolah mengadakan kelas dalam talian mulai esok, bagi menangani jangkitan Covid-19 yang semakin buruk di seluruh China.

Shanghai Disney Resort berkata, tawaran hiburan mungkin berkurangan disebabkan kekurangan tenaga kerja walaupun taman tema itu masih beroperasi seperti biasa.-REUTERS

Proses yang akan berlaku di Britain selepas Ratu Elizabeth II mangkat



Rumah pengebumian ‘laku’ di China

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading