Ucapan Raya Tunku Azizah Bersama “Bakal Isteri” Tengku Hassanal? [VIDEO]

Cetus Perhatian Ramai!

Ucapan Raya Tunku Azizah Bersama “Bakal Isteri” Tengku Hassanal? [VIDEO]

Ucapan Raya Tunku Azizah Bersama “Bakal Isteri” Tengku Hassanal? [VIDEO]

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 dengan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007, sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah ST THOMAS, Kuantan pada 2008 hingga 2012.



Baginda juga melanjutkan pelajaran ke Universiti of Notthingam. Pada May 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School Of Diplomacy and Relations Switzerland dengan Ijazah dalam hubungan Antarabangsa. Kemudian baginda melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

“Cantik, Lemah Lembut & Nampak Sopan”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @maliazlnpda yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 243 ribu, tanda suka sebanyak 7,671 dan sebanyak 181 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah bersama seorang wanita disebelahnya yang memberi ucapan sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi.

“Saya dengan Tengku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua Rakyat Malaysia”-Kata Tunku Azizah



@maliazlnpda

Replying to @kaori_cha selamat Hari Raya 🤭 📸 kompleks songket penjara marang terengganu #tengkuampuanpahang #pahangroyalfamily #royalpahang #royalterengganu #credittotheowner

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa berkemungkinan wanita disebelah Tunku Azizah itu adalah bakal isteri Tengku Hassanal. Apa-apa pun, itu semua hanyalah spekulasi yang berlegar di media sosial sahaja, malah tiada kesahihan yang benar mengenainya lagi.



Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu berita yang benar dari pihak istana buat rakyat jelata. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Ucapan Raya Tunku Azizah Bersama “Bakal Isteri” Tengku Hassanal? [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramadhan Sudah Berlalu, Cuti Raya Sudah Habis, Apa Lagi Alasan Rafizi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button