Sultan Pahang Beri ‘Hint’ Tengku Mahkota Perlukan Pasangan! [VIDEO]

“Tengku Hassanal Bakal Berkahwin?”

Sultan Pahang Beri ‘Hint’ Tengku Mahkota Perlukan Pasangan! [VIDEO]

Sultan Pahang Beri ‘Hint’ Tengku Mahkota Perlukan Pasangan! [VIDEO]

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 dengan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007, sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah ST THOMAS, Kuantan pada 2008 hingga 2012.



Baginda juga melanjutkan pelajaran ke Universiti of Notthingam. Pada May 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School Of Diplomacy and Relations Switzerland dengan Ijazah dalam hubungan Antarabangsa. Kemudian baginda melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

“Nampak Tengku Tersenyum Di Usik Ayahanda”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @jungyihun yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 197 ribu, tanda suka sebanyak 7,427 dan sebanyak 69 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Sultan Pahang memberitahu bahawa terdapat kesalahan pada penulisan mengenai Tengku Ampuan, namun baginda sempat mengusik Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Hassanal.

“Tengku Puan, sepatutnya Tengku Ampuan. tetapi mungkin itu satu mesej yang Pahang memerlukan Tengku Puan untuk Tengku Mahkota”-Kata Sultan Pahang



@jungyihyun_

tengok reaction Tengku Ahmad kat belakang tu 😂 dah ada hint ni hahahaa semuaa boleh move on dah #tengkumahkotapahang #tengkuhassanal #fyp

♬ original sound – abience_ – abience_

Rata-rata rakyat teruja mendengar kata-kata yang disampaikan Sultan Pahang itu. Mereka juga tidak sabar untuk menunggu siapakah gerangan yang bakal menjadi Tengku Puan untuk Tengku Hassanal. Tambah mereka lagi, banyak spekulasi mengatakan bahawa Tengku Hassanal bakal berkahwin pada tahun hadapan.



Apa-apa pun, itu hanya sekadar spekulasi yang berlegar di media sosial sahaja, malah tiada kesahihan yang benar mengenainya lagi.

Sama-sama kita tunggu berita yang benar dari pihak istana buat rakyat jelata. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Sultan Pahang Beri ‘Hint’ Tengku Mahkota Perlukan Pasangan! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ramadhan Sudah Berlalu, Cuti Raya Sudah Habis, Apa Lagi Alasan Rafizi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button