KPDN, JHEAINS serbu kilang mi guna sijil halal tamat tempoh
KPDN, JHEAINS serbu kilang mi guna sijil halal tamat tempoh

SEREMBAN: Sebuah kilang memproses mi kuning di Senawang, di sini, dikesan masih menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada label produk berkenaan walaupun perakuan itu sebenarnya sudah tamat sah guna sejak 16 bulan lalu.
Premis itu diserbu pihak berkuasa kira-kira jam 1 tengah hari semalam, hasil pemerhatian dan risikan selama seminggu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan, berkata dalam serbuan itu, sebanyak empat bungkus mi dan dua guni plastik pembungkus dirampas.
“Penguat kuasa kami bersama pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menjalankan operasi penguatkuasaan halal di sebuah premis di Senawang, iaitu kilang mi disyaki menggunakan logo halal JAKIM pada produk makanan tanpa perakuan halal yang sah JHEAINS.
“Serbuan ini hasil pemantauan KPDN Negeri Sembilan dan JHEAINS selama seminggu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Indeks Persepsi Rasuah Malaysia makin parah, Tidak mendakwa Zeti dan Nazlan mungkin antara penyebab.
- Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.
- Zeti, Nazlan terus bebas tanpa gusar
- Zahid Hamidi: Pakar Bedah UMNO Berdarah Jawa
- Akaun parti dibeku , PPBM hadapi PRN dengan imej “penyamun”.
- ‘Langkah Sheraton 2.0’ naratif baru BERSATU?
Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, sijil pengesahan halal untuk produk dikeluarkan kilang itu tamat tempoh pada 31 Ogos 2021, namun masih digunakan pada paket pembungkusan produk keluarannya.
“Sebanyak empat bungkus mi kuning dan dua guni plastik pembungkus produk perniagaan ini yang disyaki menggunakan logo halal tanpa perakuan halal pihak berkuasa disita dengan anggaran nilai rampasan RM111.20.
“Kesemua barangan disita mengikut Peraturan 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana melanggar Peraturan 4 (1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.
Katanya, gerakan seumpama itu akan diteruskan bagi mengelakkan penggunaan logo halal pada mana-mana produk makanan dan barang-barang tanpa perakuan sah pihak berkuasa berwibawa, iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan JHEAINS.
“Peniaga dinasihatkan mematuhi undang-undang dan peraturan dikuatkuasakan KPDN dalam perniagaan dan perdagangan masing-masing. Pengguna di Negeri Sembilan boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan peniaga yang tidak mematuhi undang-undang kepada pihak kementerian,” katanya.
KPDN, JHEAINS serbu kilang mi guna sijil halal tamat tempoh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :