Lebih 1,000 lelaki buat aduan jadi mangsa gangguan seksual

Oleh – Syeikh Baran


Lebih 1,000 lelaki buat aduan jadi mangsa gangguan seksual
Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan ucapan pada Seminar Kasih Semurni Usaha KPWKM @ Antigangguan Seksual Anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) Dengan Kerjasama UIAM Gombak. FOTO ASYRAF HAMZAH

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerima lebih 1,000 aduan gangguan seksual membabitkan golongan lelaki.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata lebih membimbangkan laporan membabitkan golongan itu semakin meningkat.



“Pada mulanya kita hanya mendapat berbelas kes sahaja, mungkin mereka tidak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Tetapi selepas pihak kita menyediakan perkhidmatan kaunselor, barulah ramai mangsa yang berani membuka cerita kepada kaunselor kita,” katanya di sidang media Pelancaran Seminar KASIH Semurni Usaha (KPWKM) @ Antigangguan Seksual di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Gombak, di sini, hari ini.

Tambah beliau, keterbukaan masyarakat Malaysia dalam menerima isu gangguan seksual ini semakin mendapat perhatian ramai.

“Inisiatif KPWKM diteruskan lagi dengan penganjuran 14 siri Program jerawayara (roadshow) KASIH KPWKM @Antigangguan Seksual serta program berskala kecil dan besar melibatkan penyertaan lebih 19,423 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.



“Program ini bertujuan untuk membangunkan amalan komuniti dalam kalangan kumpulan sasar dalam menangani isu gangguan seksual serta meningkatkan kesiapsagaan masyarakat untuk mengemukakan aduan kepada Tribunal bagi Antigangguan Seksual,” katanya.

Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) mula beroperasi 11 Mac laluselepas Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) diluluskan pada 28 Mac 2023.

Nancy berkata TAGS beroperasi untuk menerima aduan bagi perbuatan gangguan seksual yang berlaku pada atau selepas 8 Mac 2024.

“Ia juga menyediakan saluran alternatif kepada mahkamah sivil untuk mengendalikan gangguan seksual dengan cepat, mudah dan kos yang minimum bagi mangsa mengambil tindakan terhadap pelaku untuk mendapatkan hak tebus rugi akibat gangguan yang dialami,” katanya.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading