Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan
Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan
Pihak yang mahu supaya DS Najib terus kekal di dalam penjara kini ibarat cacing kepanasan.
Mungkin bagi mereka adalah satu kepuasan sekiranya mereka dapat memastikan DS Najib terus terkurung di dalam penjara.
Persoalan sama ada DS Najib mendapat keadilan perbicaraan dibakul sampahkan.
Sepanjang perbicaraan kes SRC, SRC 2.0, 1MDB, tidak pernah mereka mempersoalkan mengapakah penjenayah sebenar, Jho Low, tidak diheret ke mahkamah.
Dalam perbicaraan 1MDB, tidak pernah persoalkan kredibiliti Jasmine Loo sebagai saksi pendakwaan, walau pun secara jelas mendapat rasuah dari Jho Low.
Dalam kes tuntutan LHDN ke atas DS Najib pula, tidak pernah mereka persoalkan, sejak bila pula duit yang didakwa dicuri boleh dikenakan cukai.
Rasionalnya, sekiranya kes tuntutan cukai itu terus berjalan, secara automatik ianya menafikan keabsahan kes SRC, SRC 2.0 dan 1MDB.
Kini pihak DS Najib sedang menuntut supaya beliau dikeluarkan dari penjara dan diberikan tahanan rumah, selaras dengan titah adendum YDP Agong ketika memberikan pengampunan.
Apabila Timbalan Perdana Menteri I, DS Zahid, memberikan afidavit mengesahkan kewujudan titah adendum tersebut, mereka mula panik.
Pelbagai pihak mereka gerakkan untuk menggagalkan usaha tersebut.
Pelbagai Pihak Di Gunakan
Bermula BERSIH yang tidak bersih, kini kumpulan peguam pula digerakkan untuk memberi pandangan yang jelas tidak berasas.
Malah, ianya boleh dianggap sebagai mencabar kuasa YDP Agong serta kuasa menteri kabinet.
Isu pokok mengenai kewujudan titah adendum dan mengapakah ia tidak diisytiharkan dialihkan kepada kuasa YDP Agong memberikan titah tahanan di rumah.
Peguam Goh Cia Yee mempersoalkan apakah pengampunan diraja boleh meliputi peruntukan tahanan rumah.
Goh menegaskan bahawa tahanan rumah atau penahanan di rumah pada masa ini tidak wujud dalam kerangka undang-undang negara.
Jelas ini adalah satu kebiadapan terhadap institusi YDP Agong.
Peguam Andrew Khoo pula berkata, titah YDP Agong atau Lembaga Pengampunan untuk memerintahkan tahanan rumah boleh melanggar perlembagaan.
Ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim pula berkata, tiada peraturan atau perundangan subsidiari mengenai tahanan rumah.
Hassan berkata, tanpa statut atau akta yang betul, tiada siapa boleh memohon tahanan rumah.
Ini sama sekali bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang.
Kepada Hassan dan Goh, sila rujuk Seksyen 3 Akta Penjara 1995.
Bukankah akta tersebut memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengisytiharkan mana-mana bangunan sebagai penjara!!!
Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah
- Ops Lalang: Bekas Hakim Gesa Kerajaan Mohon Maaf Cara Terbuka, Kenapa Bukan Mahathir Yang Mohon Maaf
- Titah Adendum: Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Titah Adendum YDP Agong