65 kanak-kanak sakit selepas hadiri festival Songkran

Oleh – Syeikh Baran


65 kanak-kanak sakit selepas hadiri festival Songkran
Orang ramai mengambil bahagian dalam ‘pertempuran’ air besar-besaran pada hari pertama Songkran atau Tahun Baharu Thai, di Jalan Silom di Bangkok, 13 April lalu. – AFP

Seramai 65 kanak-kanak di wilayah Suphan Buri, Thailand terpaksa dirawat di hospital kerana demam panas, loya, muntah dan cirit-birit selepas menghadiri festival Songkran.

Mereka menghadiri festival itu di Pusat Pemuliharaan Spesies Pisang antara 13 hingga 17 April.



Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Thongchai Keeratihattayakorn dilapor Thai PBS pada Sabtu berkata, ujian awal menunjukkan kanak-kanak itu dijangkiti Rotavirus.

Bagaimanapun beliau menjelaskan keputusan itu perlu disahkan menerusi ujian terperinci oleh Jabatan Perubatan Sains.

Menurutnya, sebaik dimaklum pesakit mengunjungi festival itu, pegawai perubatan dihantar ke pusat berkenaan untuk mengumpul sampel makanan dan air, serta menghantarnya ke makmal untuk ujian lanjut.

Dr Thongchai berkata, ketika ini tidak jelas sama ada makanan atau minuman dijual di pusat itu yang tercemar atau air pancuran digunakan daripada terowong air yang menjadi punca.



Memandangkan ramai orang menghadiri sambutan Songkran di Muang datang daripada pelbagai daerah, semua pegawai kesihatan daerah diminta memberi amaran kepada orang ramai agar memantau ahli keluarga masing-masing terutama kanak-kanak.

Sekiranya ada yang mempunyai simptom, diminta segera mendapatkan rawatan di hospital, kata Dr Thongchai. – AGENSI

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading