Piala Asia B-23: Skuad negara perlu tebus maruah

Piala Asia B-23: Skuad negara perlu tebus maruah

Piala Asia B-23: Skuad negara perlu tebus maruah
SKUAD negara memiliki peuang untuk menebus kekecewaan dengan mendapatkan kemenangan ke atas Kuwait malam ini. – FB FAM

SKUAD bawah 23 (B-23) negara digesa untuk berjuang demi lencana di dada dalam usaha menebus maruah menjelang aksi terakhir Kumpulan D saingan Piala Asia B-23 2024 di Qatar menentang Kuwait malam ini.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan terpaksa akur mengharungi perlawanan ‘tiada makna’ yang boleh dianggap sebagai pelengkap jadual selepas sah tersingkir seawal peringkat kumpulan pada kejohanan berprestij pemain muda di benua Asia itu.

Skuad muda Harimau Malaya sudah tentu enggan pulang dengan tangan kosong selepas tewas dua kali berturut-turut kepada Uzbekistan dan Vietnam pada dua aksi awal kumpulan sebelum ini.



Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido mengakui bukan mudah untuk menaikkan motivasi barisan pemain, tetapi berharap pasukan dapat meraih keputusan positif pada aksi terakhir nanti.

“Kami perlu terima keputusan semasa, tetapi saya harap semua pihak sedar bahawa kita berada di sini mewakili nama negara (Malaysia), kita tidak ada di sini demi diri sendiri atau pemain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bila Perikatan Nasional Tiba-Tiba Menjadi Terpaling Membela Najib




“Saya tidak boleh janjikan sesuatu yang istimewa, tetapi saya jamin pemain semua masih begitu semangat untuk bermain demi negara tercinta,” kata pengendali import dari Sepanyol itu.

Kegagalan skuad B-23 negara lolos ke pusingan kalah mati sememangnya berita yang mengecewakan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan harapan tinggi kepada pasukan sebelum ini.

Pasukan pelapis Harimau Malaya itu dijangka mampu mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir selain diharap dapat meraih slot ke temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.



Bagaimanapun, situasi sebaliknya berlaku meskipun persiapan rapi sudah dilakukan dengan barisan pemain dikumpulkan sejak Mac lalu sebelum ‘berkampung’ di Qatar pada 1 April lepas.

Piala Asia B-23: Skuad negara perlu tebus maruah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rasanya Bapa Mertua Yang Tak Tahu Di Mana Menantu Lebih Bodoh



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button