Piala FA: Ten Hag anggap kejayaan besar

Piala FA: Ten Hag anggap kejayaan besar

Piala FA: Ten Hag anggap kejayaan besar
UNITED bernasib baik apabila berjaya meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti ketika menentang Coventry pada aksi separuh akhir Piala FA awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag menganggap kejayaan mara ke pentas final Piala FA adalah kejayaan besar pasukannya biarpun hampir dimalukan pada aksi separuh akhir menentang Coventry City di Wembley awal pagi semalam.

Selepas menguasai sepenuhnya babak pertama dan mendahului perlawanan dengan tiga gol, United tiba-tiba hilang fokus apabila Coventry berjaya menyamakan kedudukan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Nasib United juga agak baik apabila jaringan pemain gantian Coventry, Victor Torp pada hujung masa tambahan dibatalkan selepas Video Bantuan Pengadil mengesan kedudukan ofsaid penyerang pasukan itu, Haji Wright.



Penentuan penalti menyaksikan United bermula langkah kiri apabila Casemiro gagal menyempurnakan sepakan pertama, namun nasib menyebelahi mereka apabila Coventry gagal menyempurnakan dua sepakan untuk meraih kemenangan 4-2.

“Kami berjaya mara ke dua pentas final dalam tempoh dua tahun berturut-turut dan itu merupakan pencapaian yang besar. Saya lihat kesilapan yang kami lakukan dan tidak dapat dielakkan, namun ia bukan suatu yang memalukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bila Perikatan Nasional Tiba-Tiba Menjadi Terpaling Membela Najib




“Kami mampu bermain pada tahap tertinggi, tetapi adakalanya kami berada pada tahap paling rendah dan sukar untuk dijelaskan. Ia mengenai pengurusan, tanggungjawab dan cara membuat keputusan.

“Kami perlu melakukan yang lebih baik dalam perlawanan seperti ini. Dalam beberapa perlawanan lalu, kami gagal mempertahankan kemenangan, tetapi kali ini kami berjaya meraihnya.

“Saya tidak fikir kami perlu malu dengan apa yang berlaku, cuma apabila kami berjaya menguasai perlawanan, kami perlu memenanginya dengan mudah. Saya tidak fikir pasukan ini tidak memiliki mentaliti yang betul kerana kami sudah menunjukkan karakter, tetapi hanya kekurangan disiplin.



Ketua pasukan United, Bruno Fernandes memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya tidak terlalu gembira dengan kejayaan tersebut selain mengakui memenangi Piala FA sekali pun bukanlah bermaksud musim mereka dianggap berjaya.

“Jika kami memenangi Piala FA ini, ia bukanlah bermakna musim kami telah sempurna. Standard kelab ini lebih tinggi berbanding apa yang telah kami lakukan. Kami perlu bermain baik dalam semua kejohanan,” jelasnya. – AGENSI

Piala FA: Ten Hag anggap kejayaan besar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Rasanya Bapa Mertua Yang Tak Tahu Di Mana Menantu Lebih Bodoh





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading